Friday 16 March 2012

Hatiku tidak tenang...

Assalamualaikum para pembaca semua =)

Erm.. maaf la.. pagi2 lagi, selepas ida menunaikan solat subuh, dalam hati ida ni timbul perasaan bercampur baur. Ada byk rasa. Terasa mahu saja air mata lemah seorang hamba ini mengalir. Jadi, ida buka blog kesayangan ida ni tuk meluahkan apa yang ida rasa tika ini.
Selalunya ujian dalam hidup membuatkan kita menjadi lemah. Terasa ingin mengalah. Itulah hakikat kehidupan manusia biasanya. Cerita suka dan duka, kisah ria jua hiba. Segalanya mengusik menyentuh jiwa, melahirkan seribu satu rasa. Adakalanya membuat ketawa senyum sampai telinga. Namun ada jua yang menyesakkan dada, pilu hiba penuh lara.

Hidup ini berliku-liku jalannya. Adakala impian jadi kenyataan, namun seringkali hajat yang tak sampai. Namun ida tak mahu buruk sangka. Perancangan Yang Maha Esa pasti sebaik-baiknya. Penuh hikmah buat hamba-hambaNya. 
Hakikat ALLAH kehidupan kte di dunia ni adalah memang untuk diuji...boleh diibaratkann sama seperti kte belajar..ulangkaji pelajaran,study group, hadiri kelas tambahan..lepas itu menghadapi peperiksaan..lepas itu tnggu keputusan sama ada kita cemerlang,sekadar lulus atau sebaliknya..tetapi 'peperiksaan' hidup kita lg luas..merangkumi semua aspek dan yang mengadilinya adalah ALLAH swt..yang penting, kita kena selalu beristiqamah,sabar dan sentiasa redha dengan perjalanan yang telah ditulis untuk kita..sentiasa perbaiki kualiti iman kita dan sedih gembira adalah anugerahNYA..kita memang layak merasainya tapi biarlah dalam keadaan kita sentiasa bersama NYA..mudah2an ida pun tergolong jgk ^_^ supaya kita kelak menjadi hamba yang berkualiti untuk cemerlang di akhirat yang kekal abadi nanti..wallhua'lam...:)
Sama juga dalam konteks persahabatan. Ida akui, ida memang ramai kawan tapi sahabat, ida tidak pasti. Kadang-kadang, hari ni kita bertegur sapa seperi biasa, bertanya khabar, esok lusa, dia seakan-akan menjauhkan dirinya dari kita. Sesungguhnya, jika ingin berkawan, terima kekurangan dan kelebihan yang ada yep. Jauh di sudut hati ida ini, ada menyimpan hasrat untuk bertegur sapa dengan salah seorang kawan ida. Kawan ida semasa ida belajar di Kuala Lumpur dahulu. Ida nak sangat tanya khabar dia, kembali merapatkan jurang yang tercipta di antara kami berdua. Tapi, mungkin, dia sudah sibuk dengan kerjayanya, dia tidak mahu  diganggu oleh teman lama. Tidak mengapa lah, mungkin ini yang tertulis di tangan takdir. Ida terima. Ida sentiasa mendoakan agar dia sentiasa baik-baik sahaja di sana. ^_^ insyaallah.
sebelum itu, mari kita sama-sama hayati sebentar sebaris makna ayat ini ^_^
"tidak ada kesusahan (atau bala bncana) yg menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah & sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk mnerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu."
[ At-Tagabun:11 ] 
Subhanaallah ^_^ sesungguhnya ayat itu dapat kembali menenangkan jiwa yang resah ini..alhamdulillah..
Itu sahaja buat kali ini.. Sekian. Wasalam..

No comments:

Post a Comment