Tuesday 24 April 2012

^_^



         Kadang-kadangku menangis tatkala diuji, tpi bila tangis itu terhenti, baruku sedari Allah sengaja sedarkan diri ini, mungkin aku teralpa dgn sesuatu. tapi kadang kala, aku kecundang lagi. Allah berikan aku teman, aku luahkan. tenang rasanya, tetapi. Allah mengujiku lagi.. aku menangis utk kali keberapa.. terasa ingin lari dari dunia.. namun, ia takkan kemana.. harus kuhadapi ia walaupun payah..



kata Luqman Al-Hakim :"Wahai anakku ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam,bila kau ingin selamat dari karam, layarilah lautan ini dgn taqwa, isinya dgn iman dan layarnya tawakkal kepada Allah.."


~ sebenarnya ujian adlh merupakan tarbiyah bagi kita. kadangkala utk menyedarkan kita dan adakalanya utk menguji kesabaran kita.. di tahap mana kita bila ditimpa ujian..

Sunday 8 April 2012

Kata Hati ~

 
 
 
Mari jujur pada diri.

Pada hati.

Akuilah kenyataan ini

Bahawa kenyataannya

Kita yang bersifat manusia ini.

Terkadang ada “cinta” yang datang mengusik jiwa kita.

Bersembunyi dibalik tirai keinginan yang amat sukar dimengertikan.

Sehingga kita lena dalam angan – angan

lalu menjadikan kita terbayang satu keindahan yang amat kita impikan

Terasa seolah kita menanti sesuatu

Sesuatu yang akan membuatkan kita rasa bebas bahagia di awang – awangan.

Terkadang kita rasa ingin membuang perasaan ini

membuangnya jauh – jauh dari hidup kita

tapi ia tetap menerjah kita

Seperti ombak

Seperti badai

Pergi dan datang

Pergi dan datang

Tanpa kita dapat menolaknya

Malah bertambah kuat menghempas kita

Kita tidak tahu sampai kapan harus kita sembunyikan hati dan perasaan ini

Bukan kita minta ianya berlaku

Bukan kita minta ianya menyusup dalam hati kita

Bukan kita minta untuk ia hadir ke dalam sanubari kita

Namun disitulah ia berbunga

Disitulah ia mekar

Disitulah ia menguntum

Dan mengharumkan hati hati kita

Meskipun hati dan rindu ini kita sorokan

Di balik mata manusia.

Namun,

Rasa itu kadangkala melemaskan

Merimaskan iman di jiwa

Lantas, kita tertanya

Kemana “cinta” itu harus dilontarkan?

Tetapi

Cinta itu diam sahaja

Diam seribu bahasa

Ia beku

Diam dan terus membisu

Seolah iman tidak mampu menjawab soalan itu.

Dalam mencari jawaban..

Baru kita sedar

Cinta

Yang paling menenangkan

Yang paling mendamaikan

Yang paling menyejukkan

Hanya cinta kepada Pencipta Cinta

Iaitu Allah SWT

Ketika itu

Hati bergetus

Alangkah indahnya

Jika seluruh umat manusia di dunia ini

Mencintai Tuhannya melebihi cintanya kepada ciptaan Tuhannya

SubhanAllah..





Ya Allah cintakanlah kami pada perkara – perkara yang Engkau cintai
Dan bencikanlah kami pada perkara – perkara yang Engkau benci


Sunday 1 April 2012

Bersabarlah Hati =)




Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,

Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,

Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
 Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi....

ini jalan yg ku pilih. smoga kaseh ALLAH sentiasa bersama kita. =___=

Erti Kepayahan ~

Assalamualaikum semua ^_^

  Apa khabar semua.. ? erm.. sejak ida da balik rumah ni, keadaan kesihatan tak berapa nak stabil sangat.. macam biasa la.. pening kepala.. jadi, jalan mudah, tidur.. huhu.. xpela.. mungkin ni sebahagian dr ujian Allah.. haa.. sekarang ni ida da mula cuti.. 2 bulan ida cuti.. lame tuuuu~ jadi ida ingat ida nak nak habiskan masa tu dengan bekerja kat tempat lama ida.. Daily Fresh..kedai waffle tu.. tp apekan daya, bos da da xnak time da.. sebab apa, sebab kat sana da penuh kakitangan dan sejak akhir2 ni, sale kdai tu da menurun.. erm.. xpela bos, sy phm ^_^ sy xsalah kan bos.. 


SUMPAH! rindu sangat nak kerja kat tempat ni balik ='(


  Jadi, bermulalah kehidupan sy sebagai penganggur tuk beberapa hari ni.. yang ibu ku pula suka bila ida duk rumah.. ibu ku berkata, ''masa ni la dapat tengok muka acik, kalu tak, batang idung pun xnampak sebab asyik kerja jer'' hehe =) betul jgk ape y ibu ku kate kan.. masa ni la dapat luangkan masa dengan adik2..dapat citer macam2 dengan mak.. dapat gelak2 ngan abah..

  Ok. berbalik ke tajuk entry ni semula.. erti kepayahan.. baru ida tahu apa itu erti kepayahan.. haha.. payah sebab nak cari kerja la.. sebab apa ida nak cari kerja, sebab ida memerlukan duit gaji tu untuk ida capai azam ida tahun ni.. ida nak ada lesen kereta..! tak kira la kerja ape pun, ida terima je asalakn halal dan gaji nyer sesuai dengan apa yang ida kerjakan.. hehe.. tapi tu la, bukan senang taw nak cari kerja ni.. 


  Susah + payah + perit.. dengan abah tak setuju dengan kerja yang ida mohon.. tapi apa2 pun ida da cuba minta kerja kat beberapa tempat, ida da isi borang, interview pun da.. tapi 1 jew yang ida rasa susah sangat bila ada majikan minta ida buat kad bank maybank dengan buat KWSP.. mana la ida tahu benda2 tu semua + kalau nak buat semua tu kena ader duit.. baru benda tu jalan.. masalahnya sekarang, ida takde duit nak buat tu semua.. haish..  tu la yang rasa beban sangat.. dorang cakap dorang boleh terima ida kerja kat tempat tu tapi ida kena buat tu semua dulu baru dorang dapat terima ida kerja dengan dorang dan dorang kasi tempoh selama seminggu untuk selesaikan semua tu..mana ida nak dapat duit tuk selesaikan semua tu.. waa.. memang yang tu part yang paling sedih sekali ='( da la nak uruskan semua tu kena pergi bandar.. nak pergi bandar tu pun nak kena guna duit jugak tuk ambil pengangkutan tuk pergi sana.. waa.. ='( duit duit duit.. 

 
    Terasa betul2 berat ujian yang Allah swt berikan tika ini.. tapi, ida tak kan berputus asa.. sebab tu ida cuba minta kerja kat tempat lain jugak..mana tahu kalau2 ada yang sangkut.. memang penat + terpaksa buat muka tak malu tuk tanya '' ada JAWATAN KOSONG tak kat sini'' hmm.. payah kan.. ni baru cuti 2 bulan.. belum lagi habis diploma nanti.. habis diploma nanti lagi susah nak minta kerja sebab banyak persaingan kat dunia luar sana tu.. payah2.. apa2 pun ida tak nak mengeluh.. ida akan tetap berusaha.. ida tahu, Allah turunkan ujian dan cabaran ni untuk uji tahap kesabaran dan keimanan ida.. jadi, ida akan buktikan, ida akan buktikan siapa diri ida yang sebenar!! hahaha =D ida kena bangkit.. chaiyokk!


  Pembaca2 semua doakan ida ea agar segala nya  dipermudahkan dan semoga semangat ida ni tak mudah luntur+lemah.. ok la.. ida tidur dulu sebab nak pergi cari kerja lagi esok.. huhu..  selamat malam semua..

Sekian.. Wasalam.. ^_^


Saturday 31 March 2012

English Camp Sem 2


Assalamualaikum ^_^ 

   Hai sume.. akhirnyer.. english camp habis.. officially sem 2 pun telah tamat..hoho..alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar.. penat memg penat tp ida tetibe rse nk sgt supye wktu tu diputarkan kembali.. rindu sgt dgn ahli kumpulan.. kak athirah, kak wawa, kak mary, mira, nasha, yan ngan pika.. banyak pengalaman y ida dapat dr cni.. alhamdulillah juga kerna ida mendapat ahli kumpulan y sgt baik..! plus, ida dapat rapat dengan senior yang ada dalam kumpulan ida ni.. jadi, kurg sikit perasaan antara junior dan senior, tetapi perasaan hormat tu masih ada lagi.. eee..memang rindu giler la dengan dorang.. lebih2 lagi dengan kak athirah, kak wawa ngan kak mary.. dsebabkan hasil buah fikiran dorang kumpulan BIZARRE ni dpt bergerak dgn lebih bgus dan bersemangat =) sush la nk ckp bnyk2.. mari kite tengok gambar sepanjang ida kat english camp ni ea..

yang ni masa ida kat rumah anak2 yatim darul akhyar.. betapa banyak nyer air mata ku menitis mase ni..huhu.. tp xpela, bnyk jgk pengalaman y ida dapat dr sini =) 


Yang ni pulak kat balai bomba dengan ahli kumpulan ku ^_^
Tengok la.. dengar pegawai bomba uh bagi ceramah pai tertido2 ni..pastu sempat pulak dorang ni menyenap diriku ini y tgh lena di ulit mimpi..hihi..

Ni gambar time 1st sekali menjejakkan kaki di Gem Beach Resort utk wat activity outdoor =)

Tu dia pentas kami ~

Saya di bilik penginapan sambil menghadap ke laut y sangat menenangkan =)

Ni la gabungan Bizarre dan Gigs untuk malam Fairytale =)


Jadi, ida di sini ingin menyusun sepuluh jari kepada ahli kumpulan BIZARRE jika ada yang terasa hati dengan sikap atau percakapan ida selama ida berada di dalam kumpulan ni.. ape2 pun kumpulan ni memang best sgt2..memang bnyk have fun dengan korang semua.. ida sayang sgt2 kat korang.. lepas ni, xtw la dapat jumpe lagi ke tak dengan senior sebab dorang da g praktikal da sem depan. ape2 pun, all the best =) sume kenangan ni ida xkan lupekan sampai bila2..

SAYA SAYANG MEREKA =) 


       Hari pun da larut malam.. ida pun da penat..nak tidur..selamat malam semua..

Sekian.. Wasalam~

Monday 26 March 2012

Dari Hati~


Assalamualaikum..

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini

 

Dengan Nama Allah yang Maha Sempurna..

       Pertama sekali, maaf-maaf sebab ida dah lama tidak mengupdate blog ini, sebab sibuk dengan English Camp ^_^ tapi malam ni, walaupun lelah di dada masih belum hilang lagi, ida tetap mahu mencuri sedikit masa sisa malam ini untuk meluahkan apa yang tersirat di hati ini. Teruskan membaca ea rakan-rakanku.. 

       Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian dari sketsa hidup di dunia. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselimutkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan sehingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan keperihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

         Keinginan bertemu dengan pasangan hidup, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, sehingga tanpa sedar telah menjadi bahagian hidup yang tak terpisahkan. Sebuah fitrah pula bahawa setiap wanita ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik dibandingkan menjalani hidup bersendirian. Dengan sentuhan kasih saying dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang soleh dan solehah.

         Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi jika dia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam hingga memenuhi setiap sudut rumah tangganya.

        Allah swt pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya iaitu hamil, melahirkan, menyusui hingga ketaatan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fisabilillah. Kerananya, yakinkah hati itu tidak terguris ketika melihat perkahwinan wanita lain yang muda darinya?

       Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga dia menemukan kekasih hati? Dapatkan kita menggambarkan perasaanya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan anak? Atau tidakkan kita melihat sekilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak wanita lain?

Letih..

         Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendirian mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu adakah teman sejiwa yang menunggu di sana.

         Yer, dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi di dunia fana ini saja. Seorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insya'Allah akan dipertemukan di akhirat sana, selama dia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujianNya yang telah menetapkan dirinya sebagai bujang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tidak sabar untuk bersua dan telah menunggu di tepi syurga.

           Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri duhai saudaraku. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Pemilik Hati. Tidak usah membanding diri dengan wanita lain, kerana Allah pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedarinya.

          Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tidak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah dengan air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan yang baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi pusingan waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah swt.

         Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa pasangan hidupmu telah pun dituliskan-Nya. Sabarlah hati =)

         Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemilang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.


gambar ni sweeett~ ^_^


        Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri, insya'Allah.

Serahkan semuanya pada ketentuan Allah yang Maha Mengatur, insya'Allah tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Yakinlah dengan Tuhan-Mu.Sampai di sini sahaja, ida mengundurkan diri dahulu ea.. ^_^

Sekian.. Wasalam ..

Friday 16 March 2012

Hatiku tidak tenang...

Assalamualaikum para pembaca semua =)

Erm.. maaf la.. pagi2 lagi, selepas ida menunaikan solat subuh, dalam hati ida ni timbul perasaan bercampur baur. Ada byk rasa. Terasa mahu saja air mata lemah seorang hamba ini mengalir. Jadi, ida buka blog kesayangan ida ni tuk meluahkan apa yang ida rasa tika ini.
Selalunya ujian dalam hidup membuatkan kita menjadi lemah. Terasa ingin mengalah. Itulah hakikat kehidupan manusia biasanya. Cerita suka dan duka, kisah ria jua hiba. Segalanya mengusik menyentuh jiwa, melahirkan seribu satu rasa. Adakalanya membuat ketawa senyum sampai telinga. Namun ada jua yang menyesakkan dada, pilu hiba penuh lara.

Hidup ini berliku-liku jalannya. Adakala impian jadi kenyataan, namun seringkali hajat yang tak sampai. Namun ida tak mahu buruk sangka. Perancangan Yang Maha Esa pasti sebaik-baiknya. Penuh hikmah buat hamba-hambaNya. 
Hakikat ALLAH kehidupan kte di dunia ni adalah memang untuk diuji...boleh diibaratkann sama seperti kte belajar..ulangkaji pelajaran,study group, hadiri kelas tambahan..lepas itu menghadapi peperiksaan..lepas itu tnggu keputusan sama ada kita cemerlang,sekadar lulus atau sebaliknya..tetapi 'peperiksaan' hidup kita lg luas..merangkumi semua aspek dan yang mengadilinya adalah ALLAH swt..yang penting, kita kena selalu beristiqamah,sabar dan sentiasa redha dengan perjalanan yang telah ditulis untuk kita..sentiasa perbaiki kualiti iman kita dan sedih gembira adalah anugerahNYA..kita memang layak merasainya tapi biarlah dalam keadaan kita sentiasa bersama NYA..mudah2an ida pun tergolong jgk ^_^ supaya kita kelak menjadi hamba yang berkualiti untuk cemerlang di akhirat yang kekal abadi nanti..wallhua'lam...:)
Sama juga dalam konteks persahabatan. Ida akui, ida memang ramai kawan tapi sahabat, ida tidak pasti. Kadang-kadang, hari ni kita bertegur sapa seperi biasa, bertanya khabar, esok lusa, dia seakan-akan menjauhkan dirinya dari kita. Sesungguhnya, jika ingin berkawan, terima kekurangan dan kelebihan yang ada yep. Jauh di sudut hati ida ini, ada menyimpan hasrat untuk bertegur sapa dengan salah seorang kawan ida. Kawan ida semasa ida belajar di Kuala Lumpur dahulu. Ida nak sangat tanya khabar dia, kembali merapatkan jurang yang tercipta di antara kami berdua. Tapi, mungkin, dia sudah sibuk dengan kerjayanya, dia tidak mahu  diganggu oleh teman lama. Tidak mengapa lah, mungkin ini yang tertulis di tangan takdir. Ida terima. Ida sentiasa mendoakan agar dia sentiasa baik-baik sahaja di sana. ^_^ insyaallah.
sebelum itu, mari kita sama-sama hayati sebentar sebaris makna ayat ini ^_^
"tidak ada kesusahan (atau bala bncana) yg menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah & sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk mnerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu."
[ At-Tagabun:11 ] 
Subhanaallah ^_^ sesungguhnya ayat itu dapat kembali menenangkan jiwa yang resah ini..alhamdulillah..
Itu sahaja buat kali ini.. Sekian. Wasalam..