Saturday 31 March 2012

English Camp Sem 2


Assalamualaikum ^_^ 

   Hai sume.. akhirnyer.. english camp habis.. officially sem 2 pun telah tamat..hoho..alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar.. penat memg penat tp ida tetibe rse nk sgt supye wktu tu diputarkan kembali.. rindu sgt dgn ahli kumpulan.. kak athirah, kak wawa, kak mary, mira, nasha, yan ngan pika.. banyak pengalaman y ida dapat dr cni.. alhamdulillah juga kerna ida mendapat ahli kumpulan y sgt baik..! plus, ida dapat rapat dengan senior yang ada dalam kumpulan ida ni.. jadi, kurg sikit perasaan antara junior dan senior, tetapi perasaan hormat tu masih ada lagi.. eee..memang rindu giler la dengan dorang.. lebih2 lagi dengan kak athirah, kak wawa ngan kak mary.. dsebabkan hasil buah fikiran dorang kumpulan BIZARRE ni dpt bergerak dgn lebih bgus dan bersemangat =) sush la nk ckp bnyk2.. mari kite tengok gambar sepanjang ida kat english camp ni ea..

yang ni masa ida kat rumah anak2 yatim darul akhyar.. betapa banyak nyer air mata ku menitis mase ni..huhu.. tp xpela, bnyk jgk pengalaman y ida dapat dr sini =) 


Yang ni pulak kat balai bomba dengan ahli kumpulan ku ^_^
Tengok la.. dengar pegawai bomba uh bagi ceramah pai tertido2 ni..pastu sempat pulak dorang ni menyenap diriku ini y tgh lena di ulit mimpi..hihi..

Ni gambar time 1st sekali menjejakkan kaki di Gem Beach Resort utk wat activity outdoor =)

Tu dia pentas kami ~

Saya di bilik penginapan sambil menghadap ke laut y sangat menenangkan =)

Ni la gabungan Bizarre dan Gigs untuk malam Fairytale =)


Jadi, ida di sini ingin menyusun sepuluh jari kepada ahli kumpulan BIZARRE jika ada yang terasa hati dengan sikap atau percakapan ida selama ida berada di dalam kumpulan ni.. ape2 pun kumpulan ni memang best sgt2..memang bnyk have fun dengan korang semua.. ida sayang sgt2 kat korang.. lepas ni, xtw la dapat jumpe lagi ke tak dengan senior sebab dorang da g praktikal da sem depan. ape2 pun, all the best =) sume kenangan ni ida xkan lupekan sampai bila2..

SAYA SAYANG MEREKA =) 


       Hari pun da larut malam.. ida pun da penat..nak tidur..selamat malam semua..

Sekian.. Wasalam~

Monday 26 March 2012

Dari Hati~


Assalamualaikum..

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini

 

Dengan Nama Allah yang Maha Sempurna..

       Pertama sekali, maaf-maaf sebab ida dah lama tidak mengupdate blog ini, sebab sibuk dengan English Camp ^_^ tapi malam ni, walaupun lelah di dada masih belum hilang lagi, ida tetap mahu mencuri sedikit masa sisa malam ini untuk meluahkan apa yang tersirat di hati ini. Teruskan membaca ea rakan-rakanku.. 

       Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian dari sketsa hidup di dunia. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselimutkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan sehingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan keperihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

         Keinginan bertemu dengan pasangan hidup, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, sehingga tanpa sedar telah menjadi bahagian hidup yang tak terpisahkan. Sebuah fitrah pula bahawa setiap wanita ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik dibandingkan menjalani hidup bersendirian. Dengan sentuhan kasih saying dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang soleh dan solehah.

         Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi jika dia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam hingga memenuhi setiap sudut rumah tangganya.

        Allah swt pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya iaitu hamil, melahirkan, menyusui hingga ketaatan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fisabilillah. Kerananya, yakinkah hati itu tidak terguris ketika melihat perkahwinan wanita lain yang muda darinya?

       Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga dia menemukan kekasih hati? Dapatkan kita menggambarkan perasaanya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan anak? Atau tidakkan kita melihat sekilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak wanita lain?

Letih..

         Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendirian mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu adakah teman sejiwa yang menunggu di sana.

         Yer, dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi di dunia fana ini saja. Seorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insya'Allah akan dipertemukan di akhirat sana, selama dia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujianNya yang telah menetapkan dirinya sebagai bujang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tidak sabar untuk bersua dan telah menunggu di tepi syurga.

           Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri duhai saudaraku. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Pemilik Hati. Tidak usah membanding diri dengan wanita lain, kerana Allah pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedarinya.

          Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tidak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah dengan air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan yang baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi pusingan waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah swt.

         Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa pasangan hidupmu telah pun dituliskan-Nya. Sabarlah hati =)

         Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemilang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.


gambar ni sweeett~ ^_^


        Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri, insya'Allah.

Serahkan semuanya pada ketentuan Allah yang Maha Mengatur, insya'Allah tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Yakinlah dengan Tuhan-Mu.Sampai di sini sahaja, ida mengundurkan diri dahulu ea.. ^_^

Sekian.. Wasalam ..

Friday 16 March 2012

Hatiku tidak tenang...

Assalamualaikum para pembaca semua =)

Erm.. maaf la.. pagi2 lagi, selepas ida menunaikan solat subuh, dalam hati ida ni timbul perasaan bercampur baur. Ada byk rasa. Terasa mahu saja air mata lemah seorang hamba ini mengalir. Jadi, ida buka blog kesayangan ida ni tuk meluahkan apa yang ida rasa tika ini.
Selalunya ujian dalam hidup membuatkan kita menjadi lemah. Terasa ingin mengalah. Itulah hakikat kehidupan manusia biasanya. Cerita suka dan duka, kisah ria jua hiba. Segalanya mengusik menyentuh jiwa, melahirkan seribu satu rasa. Adakalanya membuat ketawa senyum sampai telinga. Namun ada jua yang menyesakkan dada, pilu hiba penuh lara.

Hidup ini berliku-liku jalannya. Adakala impian jadi kenyataan, namun seringkali hajat yang tak sampai. Namun ida tak mahu buruk sangka. Perancangan Yang Maha Esa pasti sebaik-baiknya. Penuh hikmah buat hamba-hambaNya. 
Hakikat ALLAH kehidupan kte di dunia ni adalah memang untuk diuji...boleh diibaratkann sama seperti kte belajar..ulangkaji pelajaran,study group, hadiri kelas tambahan..lepas itu menghadapi peperiksaan..lepas itu tnggu keputusan sama ada kita cemerlang,sekadar lulus atau sebaliknya..tetapi 'peperiksaan' hidup kita lg luas..merangkumi semua aspek dan yang mengadilinya adalah ALLAH swt..yang penting, kita kena selalu beristiqamah,sabar dan sentiasa redha dengan perjalanan yang telah ditulis untuk kita..sentiasa perbaiki kualiti iman kita dan sedih gembira adalah anugerahNYA..kita memang layak merasainya tapi biarlah dalam keadaan kita sentiasa bersama NYA..mudah2an ida pun tergolong jgk ^_^ supaya kita kelak menjadi hamba yang berkualiti untuk cemerlang di akhirat yang kekal abadi nanti..wallhua'lam...:)
Sama juga dalam konteks persahabatan. Ida akui, ida memang ramai kawan tapi sahabat, ida tidak pasti. Kadang-kadang, hari ni kita bertegur sapa seperi biasa, bertanya khabar, esok lusa, dia seakan-akan menjauhkan dirinya dari kita. Sesungguhnya, jika ingin berkawan, terima kekurangan dan kelebihan yang ada yep. Jauh di sudut hati ida ini, ada menyimpan hasrat untuk bertegur sapa dengan salah seorang kawan ida. Kawan ida semasa ida belajar di Kuala Lumpur dahulu. Ida nak sangat tanya khabar dia, kembali merapatkan jurang yang tercipta di antara kami berdua. Tapi, mungkin, dia sudah sibuk dengan kerjayanya, dia tidak mahu  diganggu oleh teman lama. Tidak mengapa lah, mungkin ini yang tertulis di tangan takdir. Ida terima. Ida sentiasa mendoakan agar dia sentiasa baik-baik sahaja di sana. ^_^ insyaallah.
sebelum itu, mari kita sama-sama hayati sebentar sebaris makna ayat ini ^_^
"tidak ada kesusahan (atau bala bncana) yg menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah & sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk mnerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu."
[ At-Tagabun:11 ] 
Subhanaallah ^_^ sesungguhnya ayat itu dapat kembali menenangkan jiwa yang resah ini..alhamdulillah..
Itu sahaja buat kali ini.. Sekian. Wasalam..

Single ^_^

Assalamualaikum para pembaca semua ^_^

  Malam ni sunyi.. disebabkan kesunyian tu ida mengisi masa kesunyian ida ni dengan mengupdate blog kesayangan ida ni lg =) ok.. nampak kn tajuk di atas tu, ni mesti ada berkaitan dgn awk2 semua yg tengah single jgk kan ?



eerr..orang lain semua ada Couple ? tpi Saya ?  ( eleh , awk lupa ke ? Allah kan ada ) hmm .. betul tu..kadang2 kita rasa kita nie bersendirian je..takde sape..tpi awk lupa , Allah tu sentiasa ada buat kita :')

Kita je..yg kadang2 terlalu sombong dgn Allah.. ( fikirkan lah ) Ada awk bersyukur dgn pemberian Allah ? ada awk berterima kasih dgn Allah ? ( kalau takda..berubah.. ^_^ Allah tu maha Pengampun )

Okayyss..get back to the Real Topic.. :D ( Sebenarnyer paling suke Part nie )



awk , tak payah lah bersedih kalau awk tu Single..bukannyer hancur pun kehidupan awk.. Awk masih ada Allah , Family dan Kawan2 yg selalu Support awk kan .. ( jgn lupa tu ) ^_^

(okayy part nie utk bakal2 suami pulak ? eerr =="" Kira mcm tu laa.. ) 

encem kan?? hihihi.. ^_^
Wahai lelaki2 sekalian ( ecehh ) jgnlah buat kaum2 Perempuan ni jatuh hati dgn kata2 awk.. Jangan nak bermadah2 sgt laa kan...Kalau awk betul2 sayangkan Dia..Just masuk meminang ^_^ kan lagi elok ? Perhubungan dibina atas ikatan yg Sah :D

I Just wanna love you in the Halal way ^_^




 Amacam ? awk faham kan ?? Heee ~ Saya harap bakal suami saya seorang yg Taat kepada Allah..dan Boleh membimbing saya (ecehh , muka dah blushing niee )

oke..
itu sahaja untuk awk Semua ! Salam sayang dri saya Siti Nurhidayah Omar..
Andai terkasar bahasa , Harap sudi memaafkan .. Dan Terima Kasih kerana Sudi membaca ^_^


Sekian. Wasalam..

Mari Bercerita Tentang Cinta ^_^

Assalamualaikum semua.. ^_^


    Akhirnya, ida berkesempatan untuk membuat entry ni.. yeay!seperti tajuk di atas, mari bercerita tentang cinta.. ade ape dengan cinta..? memg xdinafikan, sy sendiri pernah bercinta dan pernah kecundang dalam cinta.. namun, itu semua xkan dapat mematah kan semangat saya untuk meneruskan perjalanan hidup ini.. pengalaman itu lah yang dapat mematangkan diri kita sebenarnye yep..


    Tanyalah pada mana-mana anak gadis, berapa kali mereka mahu bercinta. Pastinya jawapannya begini: "Kalau boleh nak bercinta sekali, kemudian terus kahwin dengan orang itu." Saya tersenyum sinis mendengar jawapan itu. Indah sekali harapan itu. Malah lebih baik jika mula berkenalan, kahwin dan bercinta selepas pernikahan. Walaubagaimanapun, setiap orang ada ‘dramanya’ tersendiri. Kita boleh mengharap dan bercita-cita tetapi kita tidak akan pernah tahu apa akan terjadi pada masa hadapan kan =)


    Orang yang bercinta selepas kahwin bercerita tentang nikmatnya rasa itu. Halal dan bahagia. Orang yang bercinta pertama kali dan dapat berkahwin dengan cinta pertama tersenyum gembira hinga ke telinga. Tetapi tidak semua orang akan bertuah sebegitu. Ada yang sudah mengharungi beberapa hubungan tetapi masih gagal mendapat si dia yang sesuai. Ada pula yang tidak pernah mempunyai hubungan kerana ingin menunggu bakal suami tetapi si dia tidak muncul-muncul dalam hidup..haish.. -_-''

    Dan saya hanya mampu tersenyum sinis melihat mereka yang berpangkat adik merungut atau merintih kerana masih tidak mempunyai buah hati atau masih tidak berjumpa dengan si dia yang dinanti. Kakak-kakak yang lagi tua bertahun-tahun ini boleh ‘relax’ tetapi adik-adik pula yang bagaikan cacing kepanasan. Bersabarlah adik-adik. Masanya akan tiba, lebih-lebih lagi korang masih muda lagi. Masih jauh perjalanan kamu semua.. Masih ramai orang yang kamu akan berjumpa selepas ini. Percayalah ^_^

  Ingatlah di sebalik perkahwinan yang nampak gah dengan cinta itu, ada ‘berguni-guni’ tanggungjawab yang perlu dipikul. Mungkin kita masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu, maka Allah lambatkan kedatangan si dia. Percayalah, cepat atau lambat, ada hikmah yang tidak terduga di sebaliknya. Ingat yer, Allah knows the best  :)

   Walaubagaiamanpun, tidak dinafikan golongan yang berada dalam lingkungan umur 19- 22 (dalam2 lingkungan umur ida ni la) adalah mereka yang merasakan sifat keinginan untuk mencintai dan dicintai yang tinggi. Rasa itu tidak diundang tetapi tanpa disedari ia hadir juga. Itu memang normal, saya sudah melalui fasa hidup itu. Jika ada yang berjaya bertemu dengan si dia dan akhirnya ke jinjang pelamin, tahniah diucapkan. Semoga berbahagia dan diredhai Allah selalu. Kepada yang tidak berjaya, jangan bimbaaaang. Umurmu masih muda. Perjalananmu masih panjang, insya Allah. Si dia akan tiba juga, percayalah. Jangan lupa teruskan berdoa dan berdoa dan jangan lupa membaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik daripada diri kita yang sebelum ini yep ^_^

    Saya masih ingat kepada pepatah kawan saya tentang ‘kedatangan si dia’. Dia kata,

 "Bersabarlah dan terus berdoa. Kamu bagaikan berada di sebalik pintu menanti kedatangan si dia. Si dia pula sedang berusaha keras mencari kamu dari pintu ke pintu. Ada masa dia tersilap buka pintu, ada masa pula pintu kamu berada terlalu jauh, ada masa pula pintu kamu berada dekat saja tetapi dia terlepas pandang. Oleh itu, gunakan masa pencarian dia dan penantian kamu itu dengan baik. Itulah masanya kita membina diri untuk bersedia menghadapi hidup bersama. Apabila masing-masing telah bersedia, Allah akan lorongkan si dia untuk melihat pintu kamu dan menuju pintu kamu dengan mudah dan penuh keberkatan. Ketika itu dia akan memberi salam dan membuka pintu dan kamu akan menyambut kedantangannya dengan ucapan salam dan senyuman yang paling manis.”

Haha.. tak dinafikan saya sangat suka dengan pepatah itu tetapi saya sempat bergurau pula dengan mengatakan "Saya tak kunci pintu tu, malah saya dah siap bukakan sikit gitu, kenapa dia tak nampak-nampak juga?” da macam main nyorok2 pulak...Hehehe. 

Dan bagi diri ida, ida hanya menunggu kedatangan pemilik tulang rusuk ini. Ida harap, dia tergolong di kalangan orang-orang  yang soleh ^_^ Doakan ida yep semua..
      Apa-apa pun jangan pernah putus harapan dan teruslah berdoa. Jodoh setiap insan lain-lain maka janganlah sedih jika jodoh kita tidak secepat orang lain. Maka doalah banyak-banyak. Wink*wink* Dalam sibuk-sibuk mencari cinta manusia, jangan lupa cinta yang paling utama ye? Cinta kepada Allah perlu disuburkan selalu. Semoga amal ibadat kita pada bulan ini diberkati dan diterima Allah. Jangan lupa tadarus dan berselawat banyak-banyak! ^_^

 Sekian.. Wasalam..  ^_^

Thursday 15 March 2012

Roommate ku ~ ^_^

Assalamualaikum semua.. 

         16 Mac 2012.. pagi yang indah bagiku.. langit yang cerah dek sinaran sang matahari.. erm.. hari ni juga, kak Faten, room mate ku, akan pergi meninggalkan ku untuk selama-lamanya dari Unisza.. sebab dgn secara xrasmi nyer kak Faten da tamat pengajian diploma nya di sini.. insyaallah, kalu ader kesempatan kami akan dapat berjumpa lagi masa hari konvokesyen dia nanti.. mungkin dalam bulan 6 nanti..insyaallah.. namun, agak sukar sikit untuk bertemu dgn dia kerana dia tinggal di Kedah..

ok.. perkenalkan,ni la Cik Faten ^_^

Nurul Fatin Bt Razak. Diploma Akauntasi di Universiti Sultan Zainal Abidin. Lahir pada 12 Jan 1991. Orang Alor Setar ni ^_^



     berat juga hati ni nak lepas kan dia pergi.. jauh kat sudut hati ni rasa nk peluk dia kuat2..xnak kasi dia pergi..sebab selama 2 semester ni hanya tinggal ngan dia je dalam bilik ni.. ida sakit, akak jage.. ida sakit, akak y susah payah hantar ida nek ambulans, kol ambulans.. bila ida xde duit, akak kasi pinjam duit akak dulu.. bila ida ade masalah, akak bg nasihat.. ape2 yang ida xtahu, semua ida rujuk ngan akak dulu.. susah senang, kita sama2 tanggung..namun tu semua hanya sementara..

Bilik yang menyimpan segala kenangan antara kami berdua..

 tapi lepas ni, da xde siapa da yang akan teman ida dalam bilik ni.. da xley nak main masak2 ngan akak lagi.. da xde orang yang nak teman ida tengok movie sampai tengah malam.. da xde sape nak kejut ida solat subuh lagi.. . pasni, ida kene bangun sendiri..da xde tempat da ida nk citer pasl ape y tjd kat ida lepas ni.. pasni, ida xdpt nak pergi pasar malam kat sekitar Unisza ni lagi ngan akak.. memang xde gantinya akak dgn sape2 lepas ni..  sob sob.. waaa.. sedih!! :'(                                                    


sekarang.. katil ni da kosong.. xde lagi senda tawa akak.. dgr akak borak2 ngn kawan2 akak.. bau air nescafe tiap2 malam.. erm.. memg rase kehilangan sangat.. tapi xpela kak.. ida terima perpisahan ini.. akak jaga diri baik2 ea kat sana.. semoga akak dapat sambung degree lagi pasni ^_^ xpela.. ida akan simpan segala kenangan ni dalam memori hati ida ni.. akak jgn lupa ida ea.. ida sayang sgt2 kat akak.. ida memg da anggap akak macam kakak kandung ida sendiri la..

Ni la satu2 nya gambar kitorang bersama masa kat tapak konvo tahun lepas..

   Ida mohon maaf andai selama 2 semester ni kita duk bersama dalam bilik ni ida ada wat akak terasa hati dengan perangai ida, ida minta maaf sgt.. maaf kan ida ye kak.. erm.. kalu da kahwin nanti jangan lupa kad jemputan tu hantar kat ida sekali yep ^_^ ida sayang akak!

::da xtahan da air mata ni.. nanges jom pasni.. waa!! ='(


Sekian.. Wasalam.. =)








Apabila Diri Di Landa Kebosanan~

Assalamualaikum semua ^_^

Huh.. sem 2 da abiz kan jadi tinggal nk tggu English Camp je yang akan bermula pd 18hb Mac.. huh.. berjanggut nak tggu tarikh tu..hihi.. erm.. tgh2 bosan ni, ida pun menyelongkar la lappy kesayangan ida ni ..

Ini dia lappy HP kesayangan ku <3 wee~ hihi..


Nak dijadikan kisah, tiba2 tengah selongkar ni, terjumpa plak gambr ida ni y ngah snap dlm klas gne Youcam.. hihi..

Pic kesengalan ku y terlampau~ weee..

 Ini pun disebabkan kebosanan jugak.. kebosanan di dalam kelas.. dgr lecturer menyampaikn mklumat y xbleh msuk dlm kotak minda ni lg..hihi...dan ida ni pun jenis y memg tsgt suka duk blakg kt dlm klas..tu y bley wat mcm2 pkre tnpa dketahui oleh lecturer.. hihi.. nkal kn..hahaha =D jd, jgn tiru aksi kenakaln ini yep peeps! haha.. tu je la y dapt merepek tika ini.. papai sumeee!

Sekian.. salam syg dr ida tuk semua.. ^_^ Wasalam..

Wednesday 14 March 2012

Tamat sudah semester 2 ^_^

Assalamualaikum semua ^_^

              14.3.2012.. tamat sudah semester 2.. banyak peristiwa, kenangan pahit dan manis yang banyak ida lalui bersama sahabat-sahabat di sini.. namun, masihkah ida dapat untuk bersama mereka pada sem depan untuk meneruskan perjalanan hidup ini? wallahualam.. semua itu rahsia Allah =) jadi di sini, ida ada sediakan warkah untuk sahabat2 ida yang sentiasa bersama ida di saat suka dan duka..

Ida wat semua ni khas untuk sahabat2 ida di luar sana yer...

              Sahabat.. aku dan kamu kini ditakdirkan bertemu biarpun kita sebelum ini tidak mengenali budi dan pekerti namun kerana anugerah pertemuan ini  kita dapat saling memahami dan mendampingi. Kini, ikatan suci ini mari kita sama-sama kita hayati demi menuju reda Mu Illahi. Biarpun kadang-kadang ada waktunya kita berduka ada waktunya kita tertawa. Inilah pahit manis yang kita lalui bersama. Insyaallah, semakin kita menempuh kedewasaan ini semakin utuh ikatan ini. Kata orang berhati-hati dalam memilih sahabat kerana mungkin sahabat terdekat adalah musuh ketat kita dan mungkin juga sahabat yang dibenci adalah sahabat yang paling memahami. Memang benar sahabatku, manusia itu bukan sempuna tidak boleh memiliki segalnaya tetapi biarlah kita terima seadanya walau siapa jua yang mendampingi kita.

           Sahabat dalam meniti perjalanan ini yang buruk kita jauhi yang baik kita jadikan inspirasi kerana dilahirkan insan itu untuk saling melengkapi dan sekiranya diri ini pernah mengguris hati kecilmu ampun maaf ku pinta darimu. Bukan bermaksud aku tidak menghargaimu kerana aku juga insan sepertimu yang sering dihambat bisikan nafsu dan godaan sang penghasut yang tidak putus-putus untuk menghancurkan mahligai persahabatan ini tapi aku percaya ikatan ini tidak akan putus kiranya kita saling percaya kerana itulah jua resmi cinta kasih dan setia.

          Sahabat jika suatu hari nanti aku sudah tiada, ziarahilah pusaraku biarpun kita tidak bisa bersua namun memori tercipta kita akan kekal abadi selamanya.. insyaallah =')

ok.. ini dia sahabat2 sy dlm mengharungi perjalanan hidup ini..enjoy the photos ^_^


bersama yan sewktu jd urusetia tuk game memanah
bsme ct sewaktu launch kat hotel

bsme ct dan aisyah semasa roleplay dlm bilik kuliah
maria, ad, syie & awatif smse match memanah
fadz To Tem ^_^
 
ifi dan afiqah

bsme pie selpas hbis kuliah
di pantai bsme mirul dan ifwat
meraikan pemergian huda (bju merah) bsme did, fadz & naimah
bsme aisyah talib dan aizat semasa myambut hari lahir amirul

saya dn ct dlm kuliah
kin, fadz dan cik tin
selesai projek game..hihi..bsme zima,shamira, dd, naimah, cik tin, aimi dan mok   






Itu sahaja buat kali ini.. terima kasih kerana sudi singgah.. sekian.. Wasalam ^_^

Tuesday 13 March 2012

Cinta Mu Adalah Anugerah Terindah Buatku ^_^


Kisah yg pernah terjadi di dalam hidupku.. namun itu semua hanya kekal sebagai kenangan...



Mengapa derita selalu sering menyapaku di saat kebahagiaan mula menjelma..
Mengapa kesedihan mengiringiku ketika sinar kegembiraan mula melabuhkan tirainya..
Lalu engkau mengurniakan insan yang kelihatan biasa..
Namun memberikan kesan di hatiku..
Engkau titipkan rasa sayang di hatiku kepadanya..
Ya allah..
Cinta yang hadir di jiwaku kurniaanMu
Aku mencintainya kerana Mu,
kerana engkaulah yang mempertemukan ku dengannya
Kerana aku yakin dengan takdir Mu ya Allah..

Tidak lama selepas itu
Perpisahan yang tidak ku duga terjadi
Aku ditinggalkan tanpa khabar berita
Terumbang ambing dibuai perasaan yang tidak menentu
Aku kembali kepadaMu
Persoalan yang bermain di benakku ku ajukan hanya kepada Mu
Apakah benar perasaan yang ada di jiwaku ini?
Aku bertekad andai benar perasaan cinta di jiwa ku ini
Aku yakin Engkau pasti akan mempertemukan kembali

Masa berlalu..
Aku teruskan kehidupan ini bersama Mu..
Bersama cinta suci di atas kurniaan Mu..
Ku kuncikan hatiku kerana ku percayakan takdir Mu..
Aku yakin jodoh dan pertemuan terletak di tanganMu..

Setelah sekian lama aku menanti
Engkau hadirkan kembali insan yang selama ini ku tunggu
Inilah cinta
Anugerah Cinta Mu Ya Allah..
Ku harapkan anugerah ini akan berkekalan hingga ke syurga
Namun, semua ini terpaksa ku rahsia kan..
Hati ini perlu di jaga..
Biarkan semuanya berlalu...
 
Kepadamu insan terpilih
Anugerah cinta kurniaan Illahi ku serahkan kepadamu
hanya untuk mu sayang
Semoga cinta allah mengiringi kasih ku kepadamu selalu..


 :: Semoga dikau akan selalu bahagia disamping orang2 yang selalu menyayangi dan menyintaimu..  
    diriku di sini hanya dapat mendoakan dirimu baik2 sahaja di sana.. insyaallah, jika jodoh milik 
    kita, pasti kita akan dipertemukan semula..insyaallah =')














 

Thursday 8 March 2012

MASUM Olahraga UTM Skudai

Assalamualaikum..

Hai semua ^____^ lama nyer xupdate blog ni.. fuh fuh fuh.. berhabuk da ni.. maaf ea.. disebabkan terlalu banyak kesibukan yang melanda diri ini.. huhu.. ok, nak cerita ni.. minggu lepas ida g 
UTM Skudai.. ader event MASUM kat situ.. dari 29hb Feb sehingga 4hb Mac dan untuk pengetahuan semua, ida masuk acara jalan kaki 5000 m a.k.a 5 km mewakili U ida sendri iaitu Unisza .. dlm erti yang sama 12 pusingan stadium tuh la.. fuh.. memg penat la.. 1st round rase nak quit jer bab lawan dengan sume atlet2 malaysia.. tp ida tetap kuatkan semangat ni :) erm..10 org y participate dalam acara tu...tp awl2 lg 2 org peserta da tarik diri.. hihi.. jd dr 10 org peserta berkurang menjadi 8 orang peserta.. dalam hati rase cam ader can la nak menang..hahaha.. perasan -_-'' ok.. mari kita tengok gambar2 selama 4 hari ida ader kat sana ea..

ni tempat kitorang sepasukan stay.. kat Taman Universiti, Skudai.

kami semua bersama coach kat stadium ^_^


ni la antre atlet2 lelaki pasukan kami.. 

part ni paling best sebab nama saya ader kat screen tu.. huhu.. bangga giler! ^_^

y ni plak di ambil selepas abis acara sy..walaupun xdapat pingat tapi saya puas!ni  ondway nk balik hotel..huh.. penat2 =D


lastly, ni gambar time kitorang nk balik.. balik ke terengganu semula.. waa.. sedih n i really2 miss this moment right now! ='(

ok..tu je.. tapi sebenarnyer ader 1 gmbr lg, di mana sy ter 'crush' dgn seseorg dr pasukan tu.. ntah la.. pai terbawa2 dlm mimpi sebab teringatkan dyer ni.. ape pun, sekarang ni, lpas MASUM tu kami trus lost contact.. erm.. ni la dyer org nyer..

i don't know why but until now, i'm still thinking of him.. there is something special about him.. ^_^

ape2 pun, tu sume hnya lah kisah 'crush' ku semasa olahraga ^_^ hanya crash je ea.. xde timbul soal cintan cintun ni..jgn lepas ni jd kontroversi pulak.. ngeee~

eh eh.. 1 lg tertinggal..


tx dekat mamat ni la, name dyer Faiz sebab dyer la y jd photographer selama kitorang kat sana.. hihi.. tx Iz ^_^

Itu sahaja lah kisah mengenai MASUM.. kemenangan, kekalahan, ke 'crush' an, sumenye menjadi kenangan y sentiasa kekal abadi di dalam hati ini.. itu shja.. terima kasih kerna sudi membaca post ini.. 

sekian.. wasalam.. ^____^