Sunday, 1 April 2012

Erti Kepayahan ~

Assalamualaikum semua ^_^

  Apa khabar semua.. ? erm.. sejak ida da balik rumah ni, keadaan kesihatan tak berapa nak stabil sangat.. macam biasa la.. pening kepala.. jadi, jalan mudah, tidur.. huhu.. xpela.. mungkin ni sebahagian dr ujian Allah.. haa.. sekarang ni ida da mula cuti.. 2 bulan ida cuti.. lame tuuuu~ jadi ida ingat ida nak nak habiskan masa tu dengan bekerja kat tempat lama ida.. Daily Fresh..kedai waffle tu.. tp apekan daya, bos da da xnak time da.. sebab apa, sebab kat sana da penuh kakitangan dan sejak akhir2 ni, sale kdai tu da menurun.. erm.. xpela bos, sy phm ^_^ sy xsalah kan bos.. 


SUMPAH! rindu sangat nak kerja kat tempat ni balik ='(


  Jadi, bermulalah kehidupan sy sebagai penganggur tuk beberapa hari ni.. yang ibu ku pula suka bila ida duk rumah.. ibu ku berkata, ''masa ni la dapat tengok muka acik, kalu tak, batang idung pun xnampak sebab asyik kerja jer'' hehe =) betul jgk ape y ibu ku kate kan.. masa ni la dapat luangkan masa dengan adik2..dapat citer macam2 dengan mak.. dapat gelak2 ngan abah..

  Ok. berbalik ke tajuk entry ni semula.. erti kepayahan.. baru ida tahu apa itu erti kepayahan.. haha.. payah sebab nak cari kerja la.. sebab apa ida nak cari kerja, sebab ida memerlukan duit gaji tu untuk ida capai azam ida tahun ni.. ida nak ada lesen kereta..! tak kira la kerja ape pun, ida terima je asalakn halal dan gaji nyer sesuai dengan apa yang ida kerjakan.. hehe.. tapi tu la, bukan senang taw nak cari kerja ni.. 


  Susah + payah + perit.. dengan abah tak setuju dengan kerja yang ida mohon.. tapi apa2 pun ida da cuba minta kerja kat beberapa tempat, ida da isi borang, interview pun da.. tapi 1 jew yang ida rasa susah sangat bila ada majikan minta ida buat kad bank maybank dengan buat KWSP.. mana la ida tahu benda2 tu semua + kalau nak buat semua tu kena ader duit.. baru benda tu jalan.. masalahnya sekarang, ida takde duit nak buat tu semua.. haish..  tu la yang rasa beban sangat.. dorang cakap dorang boleh terima ida kerja kat tempat tu tapi ida kena buat tu semua dulu baru dorang dapat terima ida kerja dengan dorang dan dorang kasi tempoh selama seminggu untuk selesaikan semua tu..mana ida nak dapat duit tuk selesaikan semua tu.. waa.. memang yang tu part yang paling sedih sekali ='( da la nak uruskan semua tu kena pergi bandar.. nak pergi bandar tu pun nak kena guna duit jugak tuk ambil pengangkutan tuk pergi sana.. waa.. ='( duit duit duit.. 

 
    Terasa betul2 berat ujian yang Allah swt berikan tika ini.. tapi, ida tak kan berputus asa.. sebab tu ida cuba minta kerja kat tempat lain jugak..mana tahu kalau2 ada yang sangkut.. memang penat + terpaksa buat muka tak malu tuk tanya '' ada JAWATAN KOSONG tak kat sini'' hmm.. payah kan.. ni baru cuti 2 bulan.. belum lagi habis diploma nanti.. habis diploma nanti lagi susah nak minta kerja sebab banyak persaingan kat dunia luar sana tu.. payah2.. apa2 pun ida tak nak mengeluh.. ida akan tetap berusaha.. ida tahu, Allah turunkan ujian dan cabaran ni untuk uji tahap kesabaran dan keimanan ida.. jadi, ida akan buktikan, ida akan buktikan siapa diri ida yang sebenar!! hahaha =D ida kena bangkit.. chaiyokk!


  Pembaca2 semua doakan ida ea agar segala nya  dipermudahkan dan semoga semangat ida ni tak mudah luntur+lemah.. ok la.. ida tidur dulu sebab nak pergi cari kerja lagi esok.. huhu..  selamat malam semua..

Sekian.. Wasalam.. ^_^


No comments:

Post a Comment