Tuesday 13 March 2012

Cinta Mu Adalah Anugerah Terindah Buatku ^_^


Kisah yg pernah terjadi di dalam hidupku.. namun itu semua hanya kekal sebagai kenangan...



Mengapa derita selalu sering menyapaku di saat kebahagiaan mula menjelma..
Mengapa kesedihan mengiringiku ketika sinar kegembiraan mula melabuhkan tirainya..
Lalu engkau mengurniakan insan yang kelihatan biasa..
Namun memberikan kesan di hatiku..
Engkau titipkan rasa sayang di hatiku kepadanya..
Ya allah..
Cinta yang hadir di jiwaku kurniaanMu
Aku mencintainya kerana Mu,
kerana engkaulah yang mempertemukan ku dengannya
Kerana aku yakin dengan takdir Mu ya Allah..

Tidak lama selepas itu
Perpisahan yang tidak ku duga terjadi
Aku ditinggalkan tanpa khabar berita
Terumbang ambing dibuai perasaan yang tidak menentu
Aku kembali kepadaMu
Persoalan yang bermain di benakku ku ajukan hanya kepada Mu
Apakah benar perasaan yang ada di jiwaku ini?
Aku bertekad andai benar perasaan cinta di jiwa ku ini
Aku yakin Engkau pasti akan mempertemukan kembali

Masa berlalu..
Aku teruskan kehidupan ini bersama Mu..
Bersama cinta suci di atas kurniaan Mu..
Ku kuncikan hatiku kerana ku percayakan takdir Mu..
Aku yakin jodoh dan pertemuan terletak di tanganMu..

Setelah sekian lama aku menanti
Engkau hadirkan kembali insan yang selama ini ku tunggu
Inilah cinta
Anugerah Cinta Mu Ya Allah..
Ku harapkan anugerah ini akan berkekalan hingga ke syurga
Namun, semua ini terpaksa ku rahsia kan..
Hati ini perlu di jaga..
Biarkan semuanya berlalu...
 
Kepadamu insan terpilih
Anugerah cinta kurniaan Illahi ku serahkan kepadamu
hanya untuk mu sayang
Semoga cinta allah mengiringi kasih ku kepadamu selalu..


 :: Semoga dikau akan selalu bahagia disamping orang2 yang selalu menyayangi dan menyintaimu..  
    diriku di sini hanya dapat mendoakan dirimu baik2 sahaja di sana.. insyaallah, jika jodoh milik 
    kita, pasti kita akan dipertemukan semula..insyaallah =')














 

2 comments: