Wednesday, 14 March 2012

Tamat sudah semester 2 ^_^

Assalamualaikum semua ^_^

              14.3.2012.. tamat sudah semester 2.. banyak peristiwa, kenangan pahit dan manis yang banyak ida lalui bersama sahabat-sahabat di sini.. namun, masihkah ida dapat untuk bersama mereka pada sem depan untuk meneruskan perjalanan hidup ini? wallahualam.. semua itu rahsia Allah =) jadi di sini, ida ada sediakan warkah untuk sahabat2 ida yang sentiasa bersama ida di saat suka dan duka..

Ida wat semua ni khas untuk sahabat2 ida di luar sana yer...

              Sahabat.. aku dan kamu kini ditakdirkan bertemu biarpun kita sebelum ini tidak mengenali budi dan pekerti namun kerana anugerah pertemuan ini  kita dapat saling memahami dan mendampingi. Kini, ikatan suci ini mari kita sama-sama kita hayati demi menuju reda Mu Illahi. Biarpun kadang-kadang ada waktunya kita berduka ada waktunya kita tertawa. Inilah pahit manis yang kita lalui bersama. Insyaallah, semakin kita menempuh kedewasaan ini semakin utuh ikatan ini. Kata orang berhati-hati dalam memilih sahabat kerana mungkin sahabat terdekat adalah musuh ketat kita dan mungkin juga sahabat yang dibenci adalah sahabat yang paling memahami. Memang benar sahabatku, manusia itu bukan sempuna tidak boleh memiliki segalnaya tetapi biarlah kita terima seadanya walau siapa jua yang mendampingi kita.

           Sahabat dalam meniti perjalanan ini yang buruk kita jauhi yang baik kita jadikan inspirasi kerana dilahirkan insan itu untuk saling melengkapi dan sekiranya diri ini pernah mengguris hati kecilmu ampun maaf ku pinta darimu. Bukan bermaksud aku tidak menghargaimu kerana aku juga insan sepertimu yang sering dihambat bisikan nafsu dan godaan sang penghasut yang tidak putus-putus untuk menghancurkan mahligai persahabatan ini tapi aku percaya ikatan ini tidak akan putus kiranya kita saling percaya kerana itulah jua resmi cinta kasih dan setia.

          Sahabat jika suatu hari nanti aku sudah tiada, ziarahilah pusaraku biarpun kita tidak bisa bersua namun memori tercipta kita akan kekal abadi selamanya.. insyaallah =')

ok.. ini dia sahabat2 sy dlm mengharungi perjalanan hidup ini..enjoy the photos ^_^


bersama yan sewktu jd urusetia tuk game memanah
bsme ct sewaktu launch kat hotel

bsme ct dan aisyah semasa roleplay dlm bilik kuliah
maria, ad, syie & awatif smse match memanah
fadz To Tem ^_^
 
ifi dan afiqah

bsme pie selpas hbis kuliah
di pantai bsme mirul dan ifwat
meraikan pemergian huda (bju merah) bsme did, fadz & naimah
bsme aisyah talib dan aizat semasa myambut hari lahir amirul

saya dn ct dlm kuliah
kin, fadz dan cik tin
selesai projek game..hihi..bsme zima,shamira, dd, naimah, cik tin, aimi dan mok   






Itu sahaja buat kali ini.. terima kasih kerana sudi singgah.. sekian.. Wasalam ^_^

2 comments:

  1. takleh "pergi" muka fadz totem tu. haha. sapa la budak poyo tu kan =P

    ReplyDelete